Sunday 1 July 2018

Aktiviti bagi topik Wang Tahun 1

Topik wang merupakan salah satu topik yang menarik untuk mengajar. Ada pelbagai aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan dalam kelas. Namun begitu, bagi murid Tahun 1, aktiviti mengenal wang amat penting sebelum memulakan pengajaran yang seterusnya atau aktiviti yang lebih mencabar. Oleh itu, antara aktiviti yang sesuai dijalankan dalam kelas ialah membina peta pokok bagi nilai wang. Di bawah saya kongsikan hasil kerja murid.