Wednesday, 29 May 2019

Guru dan Peta I-Think

Pastinya, ramai guru yang telah menguasai konsep peta I-Think. Dengan adanya kursus I-Think sama ada atas talian atau luar talian, saya pasti guru yang mengikuti kursus tersebut dengan fokus pasti faham akan sedikit sebanyak tentang konsep peta I-Think. Tapi bagaimana yang tidak pernah mengikutinya? Atau yang langsung tidak ambil kisah tentang alat bantu mengajar tersebut?

Di sekolah, antara peranan penyelaras I-Think adalah untuk menggalakkan semua guru di sekolah untuk menggunakan peta I-Think dalam pengajaran. Namun begitu tidak dinafikan yang bukan semua peta I-Think boleh digunakan dalam setiap topik. Oleh itu, dengan kebijaksanaan dan daya kreativiti guru, pelbagai peta I-Think tetap boleh digunakan dalam pembelajaran.

Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk memberi kefahaman kepada guru tentang peta I-Think adalah melalui perkongsian semasa LDP. Pelaksanaan LDP I-Think yang lebih berkesan adalah secara berbengkel dan pembentangan. Perkongsian seperti ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada guru yang belum pernah menggunakan peta I-Think dalam kelas.