Thursday 2 January 2020

TAHUN BARU, AZAM BARU, SEMANGAT BARU!

Assalamualaikum...tak sangka masa begitu cepat dah tiba tahun 2020. Walaupun usia semakin bertambah, tetap kuatkan semangat untuk terus berusaha memperbaiki diri menjadi seorang pendidik. Walaupun mungkin ada pelbagai ujian dan cabaran, teruskan melangkah ke hadapan untuk mendidik anak-anak muridku. Azam tahun ini,
1. Perbaiki kualiti kerja dari segi pengajaran.
2. Terus fikir untuk menjadikan kelas lebih kondusif dan ceria.
3. Perbaiki pengurusan masa.
4. Lebih sistematik dalam membuat penilaian bilik darjah.
5. Merekod hasil kerja murid, seperti buku tulis, pembentangan, aktiviti kumpulan dan membuat laporan.

Mungkin kita akan tambah lagi perkara yang akan kita perbaiki pada tahun ini. All the best! Fightinggg!!