Thursday, 30 April 2020

KENALI NILAI TEMPAT DAN NILAI DIGIT


Hai murid-murid semua!
Apa kata hari ini kita belajar Nilai Tempat dan Nilai Digit.
Tahukah murid-murid ada 7 nilai tempat yang mesti diketahui? Tetapi untuk murid Tahun 1, kita hanya akan belajar 2 nilai tempat iaitu Sa dan Puluh.

Ikuti langkah pembelajaran di bawah:

1. Tonton Video Nilai Tempat dan Nilai Digit



2. Apakah nilai digit bagi digit yang bergaris? Cuba aktiviti di bawah!



3. Cuba aktiviti di bawah. Tentukan nilai tempat digit yang bergaris.



4. Cuba kuiz Nilai Tempat dan Nilai Digit.

5. Lembaran kerja Nilai Tempat dan Nilai Digit(1)

6. Lembaran kerja Nilai Tempat dan Nilai Digit(2)

Selamat belajar!

Tuesday, 21 April 2020

PROJEK SAYA(MAHIR NOMBOR) MATEMATIK TAHUN 1


Jom buat projek di bawah!

 1. Rujuk buku teks Matematik ms 53 untuk dapatkan arahan.

2. Untuk mendapatkan nombor dua digit yang diminta dalam buku teks, gunakan roda pusingan di bawah. Pusing dua kali untuk dapatkan dua digit.




3. Gunakan kreativiti masing-masing untuk menghasilkan dan mempamerkan projek Mahir Nombor di atas.

4. Tangkap gambar hasil kerja masing-masing dan post dalam link di bawah atau grup whatsapp.
PROJEK MAHIR NOMBOR


Selamat mencuba.

Saturday, 18 April 2020

PELAN RAMADAN

Assalamualaikum semua, tak lama lagi kita akan menyambut Ramadan dalam situasi PKP ini memandangkan wabak COVID19 masih lagi belum reda di negara kita. Sebagai persediaan untuk menyambut Ramadan pada tahun ini, saya ingin berkongsi pelan Ramadan yang telah dikongsikan melalui whatsapp. Semoga tuan punya pelan ini mendapat pahala dan keberkatan kerana menghasilkan pelan Ramadan di bawah. Saya rasa tahun ini, persediaan untuk Ramadan lebih teratur kerana banyak masa dapat diperuntukkan untuk membuat ulangkaji dan nota tentang Ramadan.
Semoga Ramadan tahun ini lebih baik daripada yang sebelumnya...Insya Allah...


Tuesday, 14 April 2020

KOMBINASI NOMBOR MATEMATIK TAHUN 1


Hai semua! Kali ini kita akan belajar tentang kombinasi nombor. Walaupun bahan ini disediakan secara persembahan multimedia, sebenarnya ia lebih seronok sekiranya kombinasi nombor diajar dengan menggunakan bahan maujud atau secara "hands on". Mungkin anak-anak boleh mencuba bersama ibu bapa di rumah untuk mendemonstrasikan pembelajaran kombinasi nombor.

Tidak dinafikan, mungkin ada sesetengah anak-anak akan rasa susah untuk memahami tajuk ini. Tapi, tidak mengapa kerana "Practice Makes Perfect!". Teruskan usaha dan belajarlah dengan bersungguh-sungguh ye!

Berikut ialah langkah-langkah pembelajaran:

1. Tonton video " Kombinasi Nombor"


2. Buat latihan "Kombinasi Nombor"

3. Cuba kuiz " Kombinasi Nombor"

4. Permainan interaktif.

4. Buat latihan dalam buku aktiviti Matematik Jilid 1 muka surat 22,23,24.

5. Cuba lembaran kerja " Kombinasi Nombor"

Selamat belajar dan jaga diri semua!

Monday, 6 April 2020

KENALI POLA NOMBOR


Kali ini kita akan belajar tentang pola nombor. Apakah yang dimaksudkan dengan pola? Pola merupakan satu susunan tertentu yang boleh melibatkan objek ataupun nombor. Pola objek adalah susunan objek, manakala pola nombor adalah susunan bagi nombor.

Untuk lebih memahami konsep pola nombor ini, sila ikuti langkah pembelajaran di bawah. Teruskan belajar dan jangan berputus asa!

1. Tonton video "Kenali Pola Nombor"

2. Buat latihan " Kenali Pola Nombor"

3. Cuba kuiz "Kenali Pola Nombor"

4. Buat latihan dalam buku aktiviti (ms 57-58)

5. Lembaran Kerja " Pola Nombor 1"
6. Lembaran Kerja " Pola Nombor 2"
Lengkapkan lembaran kerja dan cetak untuk disimpan dalam fail atau ditampal dalam buku tulis. (Jangan risau jika tiada pencetak, nanti cikgu akan berikan apabila kita mula bersekolah ye...)

Selamat berjaya!