Friday, 8 June 2018

TEMPLAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RPH atau Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu dokumen rasmi bagi seorang guru. Dengan peredaran masa, cara penulisan RPH semakin mudah, ringkas tetapi padat serta menjimatkan masa apabila dibuat dalam bentuk softcopy. RPH boleh dicetak dan sebarang pembetulan boleh dibuat dengan mudah dan kemas. Selain itu, RPH boleh dimuatnaik pada bila-bila masa melalui Google Drive dan boleh diakses walau di mana saja guru berada. Saya amat menggemari kaedah ini kerana ia sangat mudah dan boleh diakses melalui telefon pintar. Saya cuma memerlukan sebuah pencetak yang mempunyai capaian tanpa wayar(wireless) untuk mencetak RPH berkenaan apabila berada di bilik guru( buat masa ini belum ada lagi hehe...). Saya berharap pada masa akan datang, saya juga boleh memuatnaik RPH dalam blog untuk rujukan dan kegunaan saya pada masa hadapan. Untuk itu, sedikit disiplin diperlukan untuk melaksanakan apa yang saya harapkan.( buat masa ini pun belum cukup berdisiplin lagi...)

Sebagai permulaan, berikut saya kongsikan templat rancangan pengajaran harian Matematik Tahun 1 mengikut topik untuk kegunaan semua. Templat yang dibina adalah berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik Tahun 1 terbitan Mei 2015 Semakan 2017. Pada bahagian refleksi pula, saya pernah ditegur untuk menulis tangan bagi refleksi semasa pencerapan oleh pentadbir. Oleh itu, terpulang pada kebijaksanaan guru untuk memperbaiki templat untuk kegunaan masing-masing.

RPH MATEMATIK TAHUN 1 - NOMBOR BULAT
RPH MATEMATIK TAHUN 1- OPERASI ASAS
RPH MATEMATIK TAHUN 1- PECAHAN
RPH MATEMATIK TAHUN 1-WANG
RPH MATEMATIK TAHUN 1- MASA DAN WAKTU
RPH MATEMATIK TAHUN 1- UKURAN DAN SUKATAN
RPH MATEMATIK TAHUN 1-  RUANG
RPH MATEMATIK TAHUN 1- PENGURUSAN DATA

No comments:

Post a Comment