Saturday, 22 September 2018

BAHAN BACAAN KELAS( ALPHABET A TO Z)

Untuk mendapatkan suasana kelas yang kondusif dan mesra pembelajaran, guru kelas perlu mewujudkan sudut bacaan untuk semua murid. Saya berusaha dari masa ke semasa untuk memperbanyakkan bahan bacaan supaya murid memanfaatkan masa lapang dengan amalan membaca. Memandangkan saya adalah guru kelas Tahun 1, maka saya membina bahan bacaan yang sesuai dengan murid tahun 1. Bahan yang paling asas adalah huruf A hingga Z. Di sini saya ingin kongsikan bahan bacaan yang boleh dicetak dan laminate untuk kegunaan sudut bacaan dalam kelas.

ALPHABET A TO Z
Kad bahan bacaan
Sudut bacaan kelas

Nombor 1 hingga 20

Ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh murid secara berkumpulan sekiranya guru menyediakan set kad nombor 1 hingga 20. Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah:
1. Susun nombor 1 hingga 20
2. Bina nombor dua digit
3. Bina rangkaian nombor dalam gandaan dua-dua
4. Nombor genap dan ganjil
5. Membina ayat matematik

Kesemua aktiviti yang dinyatakan di atas berjaya menimbulkan keseronokan kepada sebahagian murid yang berfikir secara kumpulan. Namun demikian, pasti ada murid yang tidak dapat bekerja secara kumpulan. Bimbingan guru diperlukan supaya mereka faham apa yang perlu dilakukan.

Dari segi bahan untuk membuat set kad nombor 1 hingga 20, saya hanya menggunakan bahan yang ringkas dan murah seperti di bawah:
1. Kad manila( jenis tebal) dan dipotong kepada saiz 8cm x 8cm
2. Marker pen
3. Bekas tupperware

Memandangkan saya mengajar 3 kelas kesemuanya dan setiap kelas mempunyai bilangan kumpulan yang berbeza, saya memerlukan bekas tupperware yang bertutup untuk menyimpan set kad 1 hingga 20 tersebut. Bekas-bekas tupperware tersebut akan diedarkan kepada setiap kumpulan dan apabila tamat aktiviti murid akan menyimpan semula set kad nombor. Potongan kad manila perlu dibuat lebih kerana kad nombor sedia ada pasti akan hilang semasa aktiviti dijalankan atau tercicir semasa murid memulangkan set kad nombor. Jadi saya dapat menulis semula nombor yang hilang pada kad manila yang lebih. Ianya sangat penting bagi memastikan set nombor yang diperolehi oleh setiap kumpulan cukup.

Saturday, 15 September 2018

Pola Bentuk 2D

Dalam topik ruang, salah satu objektif pembelajaran ialah pola bentuk 2D. Murid dapat mengenalpasti pola bentuk 2D dan melengkapkan pola dengan betul. Salah satu aktiviti yang boleh dijalankan dalam kelas adalah murid membina sendiri pola bentuk 2D mereka sendiri.