Saturday 22 September 2018

Nombor 1 hingga 20

Ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh murid secara berkumpulan sekiranya guru menyediakan set kad nombor 1 hingga 20. Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah:
1. Susun nombor 1 hingga 20
2. Bina nombor dua digit
3. Bina rangkaian nombor dalam gandaan dua-dua
4. Nombor genap dan ganjil
5. Membina ayat matematik

Kesemua aktiviti yang dinyatakan di atas berjaya menimbulkan keseronokan kepada sebahagian murid yang berfikir secara kumpulan. Namun demikian, pasti ada murid yang tidak dapat bekerja secara kumpulan. Bimbingan guru diperlukan supaya mereka faham apa yang perlu dilakukan.

Dari segi bahan untuk membuat set kad nombor 1 hingga 20, saya hanya menggunakan bahan yang ringkas dan murah seperti di bawah:
1. Kad manila( jenis tebal) dan dipotong kepada saiz 8cm x 8cm
2. Marker pen
3. Bekas tupperware

Memandangkan saya mengajar 3 kelas kesemuanya dan setiap kelas mempunyai bilangan kumpulan yang berbeza, saya memerlukan bekas tupperware yang bertutup untuk menyimpan set kad 1 hingga 20 tersebut. Bekas-bekas tupperware tersebut akan diedarkan kepada setiap kumpulan dan apabila tamat aktiviti murid akan menyimpan semula set kad nombor. Potongan kad manila perlu dibuat lebih kerana kad nombor sedia ada pasti akan hilang semasa aktiviti dijalankan atau tercicir semasa murid memulangkan set kad nombor. Jadi saya dapat menulis semula nombor yang hilang pada kad manila yang lebih. Ianya sangat penting bagi memastikan set nombor yang diperolehi oleh setiap kumpulan cukup.

No comments:

Post a Comment