Wednesday, 31 July 2019

Jadual Kewangan Murid

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mungkin ada benarnya pepatah Melayu zaman dulu yang ingin setiap amalan baik diasuh sejak kecil. Dalam topik Wang Matematik Tahun 1, ada satu objektif pembelajaran yang mahu murid mencatat rekod perbelanjaan atau rekod kewangan murid.

Pada hari ini, saya menjalankan aktiviti PdPc bersama murid 1 Bestari. Sebagai akti iti permulaan, murid diperkenalkan dengan maksud sumber dan murid menyatakan bagaimana murid dapat wang. Kemudian, murid diperkenalkan dengan catatatan atau jadual kewangan yang bertujuan untuk merekod perbelanjaan dan simpanan mereka. Jadual ini boleh dibuat secara mingguan. Dengan sasaran untuk menyimpan RM10 seminggu, murid dikehendaki membina rekod kewangan yang membolehkan mereka mengumpul simpanan sebanyak RM10.

Maka inilah hasil kerja murid selepas aktiviti berkenaan.
Hasil kerja setiap kumpulan
Aktiviti kumpulan



Friday, 5 July 2019

PECAHAN DAN PETA I-THINK

Seronok juga mengajar tajuk pecahan dengan murid Tahun 1. Di sebabkan kekangan masa, mungkin pdpc akan lebih menarik kalau guna bahan bantu mengajar yang lebih menarik seperti roti atau tembikai. Mungkin saya akan cuba untuk sesi pembelajaran akan datang.

Namun begitu, itulah gunanya buku teks yang dibekalkan oleh kerajaan. Topik Pecahan merupakan topik pertama dalam buku teks dan aktiviti jilid 2.

Selepas memperkenalkan tajuk, saya mulakan dengan konsep pecahan adalah bahagian yang sama besar. Jadi saya menggunakan flash card untuk murid kenalpasti sama ada rajah yang ditunjuk adalah pecahan atau bukan pecahan.

Untuk lebih menarik minat, saya menggunakan set induksi berbentuk senaman taichi tembikai yang melibatkan gerak gaya memotong sebuah tembikai yang besar kepada setengah dan suku.

Selepas memperkenalkan murid dengan istilah dalam pecahan seperti satu, setengah/separuh dan suku, saya menggunakan gambar rajah sama dalam flash card yang sama supaya murid boleh mengenalpasti gambar rajah satu, setengah atau suku.

Peta I-think iaitu peta pokok boleh digunakan dalam topik ini bagi murid mengklasifikasi nilai pecahan dengan betul.

Di bawah adalah hasil kerja murid.