Friday 5 July 2019

PECAHAN DAN PETA I-THINK

Seronok juga mengajar tajuk pecahan dengan murid Tahun 1. Di sebabkan kekangan masa, mungkin pdpc akan lebih menarik kalau guna bahan bantu mengajar yang lebih menarik seperti roti atau tembikai. Mungkin saya akan cuba untuk sesi pembelajaran akan datang.

Namun begitu, itulah gunanya buku teks yang dibekalkan oleh kerajaan. Topik Pecahan merupakan topik pertama dalam buku teks dan aktiviti jilid 2.

Selepas memperkenalkan tajuk, saya mulakan dengan konsep pecahan adalah bahagian yang sama besar. Jadi saya menggunakan flash card untuk murid kenalpasti sama ada rajah yang ditunjuk adalah pecahan atau bukan pecahan.

Untuk lebih menarik minat, saya menggunakan set induksi berbentuk senaman taichi tembikai yang melibatkan gerak gaya memotong sebuah tembikai yang besar kepada setengah dan suku.

Selepas memperkenalkan murid dengan istilah dalam pecahan seperti satu, setengah/separuh dan suku, saya menggunakan gambar rajah sama dalam flash card yang sama supaya murid boleh mengenalpasti gambar rajah satu, setengah atau suku.

Peta I-think iaitu peta pokok boleh digunakan dalam topik ini bagi murid mengklasifikasi nilai pecahan dengan betul.

Di bawah adalah hasil kerja murid.



No comments:

Post a Comment