Hendak seribu daya, taknak seribu dalih. Surprisingly, they can! Sebagai guru matematik yang agak lama, saya masih lagi berminat menggunakan bahan maujud sebagai salah satu bahan pengajaran untuk tujuan pembelajaran murid-murid.
Pertama sekali, kebanyakan murid Tahun 1 belum pernah berjumpa dengan alat bernama 'Abakus'. Pertama kali menyebut perkataan abakus pun, ada yang sebut 'bakus' dan lain-lain. Jadi, bila guru masuk ke kelas dengan membawa abakus gergasi", semua murid pasti kagum kerana belum pernah lihat abakus yang gergasi!
Kedua, perkenalkan abakus kepada murid iaitu apa dia palang pemisah, manik, palang dan rangka.
Ketiga, perkenalkan nilai manik bahagian atas, dan bawah. Kebanyakan murid akan melihat bilangan manik dan bukannya nilai manik. Jadi, peranan kita untuk membetulkan penglihatan mereka supaya bukan melihat bilangan manik, tetapi nilai manik yang ditunjukkan.
No comments:
Post a Comment