STATISTIK DAN KEBARANGKALIAN
TOPIK:DATA
Kurikulum semakan Tahun 1 kini mengandungi topik Data yang melibatkan beberapa konsep seperti pengumpulan data melalui teknik gundal, memahami piktograf dan menganalisis data. Untuk itu, saya ingin kongsikan antara beberapa aktiviti yang menarik dijalankan dalam kelas.
Tuesday, 9 October 2018
Saturday, 22 September 2018
BAHAN BACAAN KELAS( ALPHABET A TO Z)
Untuk mendapatkan suasana kelas yang kondusif dan mesra pembelajaran, guru kelas perlu mewujudkan sudut bacaan untuk semua murid. Saya berusaha dari masa ke semasa untuk memperbanyakkan bahan bacaan supaya murid memanfaatkan masa lapang dengan amalan membaca. Memandangkan saya adalah guru kelas Tahun 1, maka saya membina bahan bacaan yang sesuai dengan murid tahun 1. Bahan yang paling asas adalah huruf A hingga Z. Di sini saya ingin kongsikan bahan bacaan yang boleh dicetak dan laminate untuk kegunaan sudut bacaan dalam kelas.
ALPHABET A TO Z
ALPHABET A TO Z
Kad bahan bacaan |
Sudut bacaan kelas |
Nombor 1 hingga 20
Ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh murid secara berkumpulan sekiranya guru menyediakan set kad nombor 1 hingga 20. Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah:
1. Susun nombor 1 hingga 20
2. Bina nombor dua digit
3. Bina rangkaian nombor dalam gandaan dua-dua
4. Nombor genap dan ganjil
5. Membina ayat matematik
Kesemua aktiviti yang dinyatakan di atas berjaya menimbulkan keseronokan kepada sebahagian murid yang berfikir secara kumpulan. Namun demikian, pasti ada murid yang tidak dapat bekerja secara kumpulan. Bimbingan guru diperlukan supaya mereka faham apa yang perlu dilakukan.
Dari segi bahan untuk membuat set kad nombor 1 hingga 20, saya hanya menggunakan bahan yang ringkas dan murah seperti di bawah:
1. Kad manila( jenis tebal) dan dipotong kepada saiz 8cm x 8cm
2. Marker pen
3. Bekas tupperware
Memandangkan saya mengajar 3 kelas kesemuanya dan setiap kelas mempunyai bilangan kumpulan yang berbeza, saya memerlukan bekas tupperware yang bertutup untuk menyimpan set kad 1 hingga 20 tersebut. Bekas-bekas tupperware tersebut akan diedarkan kepada setiap kumpulan dan apabila tamat aktiviti murid akan menyimpan semula set kad nombor. Potongan kad manila perlu dibuat lebih kerana kad nombor sedia ada pasti akan hilang semasa aktiviti dijalankan atau tercicir semasa murid memulangkan set kad nombor. Jadi saya dapat menulis semula nombor yang hilang pada kad manila yang lebih. Ianya sangat penting bagi memastikan set nombor yang diperolehi oleh setiap kumpulan cukup.

Saturday, 15 September 2018
Pola Bentuk 2D
Dalam topik ruang, salah satu objektif pembelajaran ialah pola bentuk 2D. Murid dapat mengenalpasti pola bentuk 2D dan melengkapkan pola dengan betul. Salah satu aktiviti yang boleh dijalankan dalam kelas adalah murid membina sendiri pola bentuk 2D mereka sendiri.
Friday, 31 August 2018
Masa dan waktu: Pengenalan jam
Aktiviti membina muka jam merupakan salah satu aktiviti yg menarik untuk murid tahun 1. Melalui aktiviti ini, murid mempunyai kesedaran tentang nombor yang terdapat pada muka jam. Selain itu, murid mempunyai pelbagai imaginasi untuk menetapkan waktu masing-masing pada muka jam.
Aktiviti dalam kelas
Sunday, 1 July 2018
Aktiviti bagi topik Wang Tahun 1
Topik wang merupakan salah satu topik yang menarik untuk mengajar. Ada pelbagai aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan dalam kelas. Namun begitu, bagi murid Tahun 1, aktiviti mengenal wang amat penting sebelum memulakan pengajaran yang seterusnya atau aktiviti yang lebih mencabar. Oleh itu, antara aktiviti yang sesuai dijalankan dalam kelas ialah membina peta pokok bagi nilai wang. Di bawah saya kongsikan hasil kerja murid.
Sunday, 10 June 2018
FILE SEPARATOR(MINGGU) UNTUK REKOD PENGAJARAN
Time has always been so short and there are so many things to do sometimes. Dan masa juga suatu nikmat yang Allah berikan kepada kita, oleh itu manfaatkan dengan sebaiknya. Di sini, saya ingin kongsikan separator minggu yang boleh digunakan untuk fail rekod pengajaran.
Friday, 8 June 2018
PENGURUSAN KOKURIKULUM- KELAB BADMINTON
Menjadi guru penasihat bagi sesebuah kelab atau persatuan bagi unit kokurikulum di sekolah memang menjadi sudah menjadi lumrah bagi setiap guru. Oleh itu, pengurusan kokurikulum bagi kelab atau persatuan yang baik perlu mempunyai dokumen yang lengkap. Berikut merupakan senarai dokumen atau eviden yang diperlukan bagi sesebuah kelab atau persatuan.
1. Surat permohonan penubuhan unit.
2. Surat pengesahan penubuhan unit.
3. Surat lantikan setiap guru penasihat.
4. Carta organisasi
5. Pelan strategik
6. Perlembagaan unit (jika ada)
7. Rancangan tahunan
8. Senarai nama ahli
9. Senarai kehadiran
10. Laporan mingguan
11. Minit mesyuarat unit.

TEMPLAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
RPH atau Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu dokumen rasmi bagi seorang guru. Dengan peredaran masa, cara penulisan RPH semakin mudah, ringkas tetapi padat serta menjimatkan masa apabila dibuat dalam bentuk softcopy. RPH boleh dicetak dan sebarang pembetulan boleh dibuat dengan mudah dan kemas. Selain itu, RPH boleh dimuatnaik pada bila-bila masa melalui Google Drive dan boleh diakses walau di mana saja guru berada. Saya amat menggemari kaedah ini kerana ia sangat mudah dan boleh diakses melalui telefon pintar. Saya cuma memerlukan sebuah pencetak yang mempunyai capaian tanpa wayar(wireless) untuk mencetak RPH berkenaan apabila berada di bilik guru( buat masa ini belum ada lagi hehe...). Saya berharap pada masa akan datang, saya juga boleh memuatnaik RPH dalam blog untuk rujukan dan kegunaan saya pada masa hadapan. Untuk itu, sedikit disiplin diperlukan untuk melaksanakan apa yang saya harapkan.( buat masa ini pun belum cukup berdisiplin lagi...)
Sebagai permulaan, berikut saya kongsikan templat rancangan pengajaran harian Matematik Tahun 1 mengikut topik untuk kegunaan semua. Templat yang dibina adalah berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik Tahun 1 terbitan Mei 2015 Semakan 2017. Pada bahagian refleksi pula, saya pernah ditegur untuk menulis tangan bagi refleksi semasa pencerapan oleh pentadbir. Oleh itu, terpulang pada kebijaksanaan guru untuk memperbaiki templat untuk kegunaan masing-masing.
RPH MATEMATIK TAHUN 1 - NOMBOR BULAT
RPH MATEMATIK TAHUN 1- OPERASI ASAS
RPH MATEMATIK TAHUN 1- PECAHAN
RPH MATEMATIK TAHUN 1-WANG
RPH MATEMATIK TAHUN 1- MASA DAN WAKTU
RPH MATEMATIK TAHUN 1- UKURAN DAN SUKATAN
RPH MATEMATIK TAHUN 1- RUANG
RPH MATEMATIK TAHUN 1- PENGURUSAN DATA

Thursday, 7 June 2018
PAKEJ KERJA RUMAH
Program Transformasi Pencapaian Akademik merupakan salah satu program di bawah unit kurikulum SK Kajang Utama yang telah dilancarkan pada awal tahun ini. Program ini bertujuan untuk memberi impak tambahan kepada semua murid dari segi akademik yang melibatkan program motivasi, bengkel dan teknik menjawab serta pemberian kerja rumah pada setiap kali cuti sekolah.
Oleh itu, saya ingin kongsikan Pakej Kerja Rumah yang saya bina bagi matapelajaran Matematik Tahun 1 untuk kegunaan semua.
PAKEJ KERJA RUMAH SIRI 1
PAKEJ KERJA RUMAH AIDILFITRI
Oleh itu, saya ingin kongsikan Pakej Kerja Rumah yang saya bina bagi matapelajaran Matematik Tahun 1 untuk kegunaan semua.
PAKEJ KERJA RUMAH SIRI 1
PAKEJ KERJA RUMAH AIDILFITRI
Subscribe to:
Posts (Atom)