Wednesday, 6 March 2019

Kerenah anak murid Tahun 1 2019

Tahun 2019 merupakan tahun yang lain cabarannya berbanding tahun sebelum ini. Pelbagai ragam dan karenah anak Tahun 1 yang merunsingkan fikiran pada setiap hari.
1. Murid menangis kerana mahukan ibu bapa.
Pada tahun ini, tangisan murid berkenaan adalah secara berjemaah. Saling pandang pada rakannya yang seorang lagi seolah-olah memberitahu "saya pun rindukan ayah/ibu saya". Kami guru Tahun 1 sememangnya tidak sampai hati memarahi anak sebegini, tapi apakan daya kami sekiranya setiap pujukan tidak mendatangkan hasil.

2. Murid hyperactive
Tahun 1 ada beberapa orang murid dalam kategori hyperactive yang tidak mampu duduk dengan tenang dalam kelas semasa pembelajaran. Yang menjadi masalah murid ini turut mengganggu murid lain sehingga menyebabkan pergaduhan. Masalah tiada keinginan untuk belajar itu adalah perkara kedua, yang dirisaukan adalah sikap terhadap rakan. Ada masa murid berkenaan bertindak agresif di dalam kelas apabila ditegur contohnya menyepak meja tanda protes dan marah.

Apa yang saya kongsi di sini adalah antara perkara yang dialami oleh saya selaku guru kelas dan guru matematik yang mengajar murid Tahun 1.

No comments:

Post a Comment