Saturday 23 March 2019

RANGKAIAN NOMBOR:TERTIB MENAIK DAN MENURUN

Salah satu kemahiran dalam topik nombor Matematik Tahun 1 ialah rangkaian nombor.  Saya mempunyai beberapa set bahan bantu mengajar bagi rangkaian nombor, 1 hingga 10, 11 hingga 20, 21 hingga 30, dan sebagainya. Bahan tersebut dilaminate supaya boleh digunakan lagi pada tahun akan datang. Selain itu, saya tambah baik bahan tersebut dengan melekatkan magnet strip supaya boleh digunakan di papan putih.  Penggunaan blutack boleh digunakan sekiranya papan putih tidak boleh menggunakan magnet.

Antara aktiviti yang boleh digunakan semasa mengajar rangkaian nombor adalah tertib menaik dan menurun. Oleh itu, bahan bantu yang disediakan boleh digunakan oleh murid bagi menyusun rangkaian nombor secara menaik atau menurun.


No comments:

Post a Comment