Jom sertai kelas pembelajaran digital bersama Cikgu Hazira!
Jangan lepas peluang untuk belajar Matematik di mana-mana dengan mendapatkan bahan-bahan pembelajaran topik yang terpilih untuk semua murid Tahun 1 cikgu yang comel.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP), kelas matematik Cikgu Hazira akan diadakan pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Makluman tentang kelas dan apa yang dipelajari pada hari berkenaan akan disampaikan dalam grup whatsapp semua kelas yang Cikgu Hazira ajar iaitu Tahun 1 Bestari, 1 Elit dan 1 Harmoni SK Kajang Utama. Oleh itu, ibu bapa sekalian, segala kerjasama dari pihak anda sangatlah saya hargai! Terima kasih di atas kesudian tuan/puan menyediakan platform untuk anak-anak belajar. Namun begitu, kepada yang tidak dapat melaksanakan tugasan kerana apa jua kekangan, Cikgu doakan agar segala urusan untuk kita belajar akan dipermudahkan kelak oleh Allah, Insya Allah.
Rajin-rajin ulangkaji pelajaran supaya mantap pemahaman ye. Cikgu akan terus kemaskini untuk topik yang seterusnya.
1. Topik "Kenali Anggaran" (31 Mac 2020)
2. Topik "Kenali Bundar" ( 1 April 2020)
3. " Kenali Pola Nombor" ( 6 April 2020)
4. Kombinasi Nombor( 14 April 2020)
5. Kenali Nilai tempat dan Nilai Digit
6. Kenali Tambah
7. Tambah dalam lingkungan 20
Selamat Belajar dan jaga diri semua!
Tuesday, 31 March 2020
KENALI BUNDAR( TAHUN 1)
Assalamualaikum semua..Hari ini kita akan mempelajari "Kenali Bundar". Apakah yang dimaksudkan dengan bundar? Bagaimana untuk membundarkan nombor?
Bahan pembelajaran di bawah adalah sesuai untuk murid Tahun 1. Sebagai rujukan, buku teks( ms 45-48) dan buku aktiviti (ms 60-62). Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengikuti pembelajaran "Kenali Bundar". Dah tak sabar kan jom kita mula!
1. Tonton video " Kenali Bundar"
2. Buat latihan " Kenali Bundar"
3. Cuba kuiz "Kenali Bundar"
4. Buat latihan dalam buku aktiviti (ms 60-62)
5. Lembaran Kerja " Kenali Bundar"
Lengkapkan lembaran kerja dan cetak untuk disimpan dalam fail atau ditampal dalam buku tulis. (Jangan risau jika tiada pencetak, nanti cikgu akan berikan apabila kita mula bersekolah ye...)
Selamat berjaya!
STRATEGI PEMBELAJARAN YANG BERKESAN SEMASA PKP COVID19
Assalamualaikum semua...
Kesan dari wabak COVID19 dan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) yang telah dikuatkuasakan sejak 18 Mac 2020 lalu sehinggalah kini, memberi impak tinggi kepada semua pihak. Antara yang turut terkesan adalah kami warga pendidik yang tidak dapat menjalankan aktiviti pengajaran di dalam bilik darjah. Sudah pasti anak murid juga menerima kesan dari segi pembelajaran yang terjejas. Namun begitu, dalam keadaan yang serba mencabar ini, kita tidak perlu berputus asa dan mengabaikan tugas serta tanggungjawab masing. Guru masih boleh merancang aktiviti pengajaran dengan menggunakan medium sedia ada untuk berkomunikasi dan menyampaikan maklumat. Antara yang paling kondusif adalah dengan menggunakan pembelajaran digital melalui internet. Walaupun mungkin ada dalam kalangan ibu bapa yang tidak mempunyai kemudahan internet di rumah, pembelajaran boleh dilakukan dengan melakukan aktiviti ilmiah yang bermanfaat.
Di bawah adalah perkongsian tentang langkah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta garis panduan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Digital Classroom Malaysia tentang strategi pembelajaran semasa tempoh PKP dilaksanakan. Semoga bermanfaat buat semua.

Wednesday, 25 March 2020
KENALI ANGGARAN TAHUN 1
Assalamualaikum semua..."Tidak ada orang hebat yang malas untuk belajar". Belajar pada zaman sekarang boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Memandangkan negara kita yang tercinta sedang mengalami krisis wabak Covid19 dan rakyat dikenakan Perintah Larangan Pergerakan yang telah dikuatkuasa mulai 18 Mac 2020 hingga 14 April 2020. Oleh yang demikian, mari kita mengambil pendekatan yang lebih fleksibel dengan belajar secara atas talian.
Hari ini, kita akan belajar tentang tajuk Kenali Anggaran. Sila rujuk buku teks Matematik Tahun 1 Jilid 1(mukasurat 43 dan 44) dan buku aktiviti Matematik yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jom kita mula? Sila tonton video di bawah...
Bolehkah murid-murid semua membuat anggaran?
Apa kata cuba latihan di bawah. Selamat mencuba!
1. LATIHAN KENALI ANGGARAN
2. JOM CUBA KUIZ!
3. Jawab Kuiz Jom Kenali Anggaran dan dapatkan sijil!
4. LEMBARAN KERJA KENALI ANGGARAN
(Murid boleh muatturun lembaran kerja untuk dicetak dan simpan hasil kerja anda di dalam fail atau buku tulis)
Selamat belajar!
4. LEMBARAN KERJA KENALI ANGGARAN
(Murid boleh muatturun lembaran kerja untuk dicetak dan simpan hasil kerja anda di dalam fail atau buku tulis)
Selamat belajar!
Subscribe to:
Posts (Atom)