Assalamualaikum semua..Hari ini kita akan mempelajari "Kenali Bundar". Apakah yang dimaksudkan dengan bundar? Bagaimana untuk membundarkan nombor?
Bahan pembelajaran di bawah adalah sesuai untuk murid Tahun 1. Sebagai rujukan, buku teks( ms 45-48) dan buku aktiviti (ms 60-62). Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengikuti pembelajaran "Kenali Bundar". Dah tak sabar kan jom kita mula!
1. Tonton video " Kenali Bundar"
2. Buat latihan " Kenali Bundar"
3. Cuba kuiz "Kenali Bundar"
4. Buat latihan dalam buku aktiviti (ms 60-62)
5. Lembaran Kerja " Kenali Bundar"
Lengkapkan lembaran kerja dan cetak untuk disimpan dalam fail atau ditampal dalam buku tulis. (Jangan risau jika tiada pencetak, nanti cikgu akan berikan apabila kita mula bersekolah ye...)
Selamat berjaya!
Boleh mnta link ka cikgu..😁😁
ReplyDeleteSaya minat nk dptkan link pembelajaran ni...boleh tk cikgu?
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu,
ReplyDeleteSaya nak cadangkan cara mudah untuk fahamkan kaedah bundar yg saya juga jumpa cara ni di carian Google
http://cikgufaizatul.blogspot.com/2012/11/hi-nombor-bundar.html?m=1
Maklum balas saya ini mengenai kerja sekolah anak saudara saya yg diberikan lampiran video cikgu oleh gurunya, dan hasilnya anak itu tidak faham cara mendapatkan jawapan..