Tuesday 31 March 2020

MARI BELAJAR MATEMATIK DI MANA-MANA BERSAMA CIKGU HAZIRA

Jom sertai kelas pembelajaran digital bersama Cikgu Hazira!
Jangan lepas peluang untuk belajar Matematik di mana-mana dengan mendapatkan bahan-bahan pembelajaran topik yang terpilih untuk semua murid Tahun 1 cikgu yang comel.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP), kelas matematik Cikgu Hazira akan diadakan pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Makluman tentang kelas dan apa yang dipelajari pada hari berkenaan akan disampaikan dalam grup whatsapp semua kelas yang Cikgu Hazira ajar iaitu Tahun 1 Bestari, 1 Elit dan 1 Harmoni SK Kajang Utama. Oleh itu, ibu bapa sekalian, segala kerjasama dari pihak anda sangatlah saya hargai! Terima kasih di atas kesudian tuan/puan menyediakan platform untuk anak-anak belajar. Namun begitu, kepada yang tidak dapat melaksanakan tugasan kerana apa jua kekangan, Cikgu doakan agar segala urusan untuk kita belajar akan dipermudahkan kelak oleh Allah, Insya Allah.

Rajin-rajin ulangkaji pelajaran supaya mantap pemahaman ye. Cikgu akan terus kemaskini untuk topik yang seterusnya.

1. Topik "Kenali Anggaran" (31 Mac 2020)

2. Topik "Kenali Bundar" ( 1 April 2020)

3. " Kenali Pola Nombor" ( 6 April 2020)

4. Kombinasi Nombor( 14 April 2020)

5. Kenali Nilai tempat dan Nilai Digit

6. Kenali Tambah

7. Tambah dalam lingkungan 20

Selamat Belajar dan jaga diri semua!

4 comments:

  1. Terima kasih cikgu ziera.
    Minta izin jadikan bahan pembelajaran cikgu sebagai tugasan kepada pelajar saya sempena cuti PKP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, semoga bermanfaat. Maaf atas kekurangan.

      Delete