Memang betul apa yang dipanggil sebagai LADAP(Latihan dalam perkhidmatan), atau kini dikenali sebagai Latihan Personal itu penting dalam pembangunan profesion keguruan. Saya pernah menghadiri LADAP Abakus semasa berkhidmat di SK Seri Tasik 6 tahun yang lalu dan rupanya pengalaman itu berguna kerana kini saya mengajar murid Tahun 1.
Mengajar murid mengenali dan menggunakan abakus buat pertama kali memerlukan kesabaran yang tinggi. Pertama kali murid memegang abakus, sudah tentu alat itu adalah suatu permainan buat mereka.
Perkara utama, murid sudah mengetahui konsep nilai tempat kerana abakus mengaplikasikan konsep tersebut. Kedua, mengajar murid nilai setiap manik pada abakus dan cara menggerakkan manik tersebut supaya mewakili setiap nilai digit. Ketiga, memastikan murid fokus kepada 2 nilai tempat sahaja, iaitu fokus kepada dua tiang sahaja dalam abakus.
Hasil dapatan saya di dalam kelas, murid mengalami beberapa kesukaran semasa menggunakan abakus.
- Mereka sering silap dalam mewakilkan nilai 5 pada abakus sama ada 5 atau 50.
- Murid boleh menunjukkan nilai 1 hingga 9 pada tempat sa, dan 10 hingga 90 pada tempat puluh. Tetapi tidak dapat menunjukkan nilai 11, 12 dan sebagainya.
Saya merasakan bahawa salah satu puncanya ialah murid tidak dapat memfokuskan pandangan mereka bahawa tiang mewakili nilai tempat. Mereka tidak dapat membuat hubungkait bahawa setiap digit dalam nombor mewakili bilangan manik pada abakus. Contohnya, 25. Murid perlu menggerakkan 2 manik pada tiang puluh dan manik 5 pada tempat sa.
Sesi pembelajaran yang berikutnya tentang abakus perlu dijalankan lagi supaya murid yang belum lagi dapat kemahiran asas abakus memperbaiki pemahaman sedia ada.
Sebagai rujukan asas untuk pengenalan abakus, boleh layari http://www.slideshare.net/norhayatirahmat/mari-belajar-abakus
No comments:
Post a Comment