Salah satu idea untuk mengajar kemahiran penyelesaian masalah dalam topik Wang dengan membuat simulasi jual beli dengan murid di dalam kelas. Aktiviti ini boleh dibuat secara berkumpulan sekiranya bilangan murid dalam kelas adalah ramai.
Satu lagi idea adalah dengan membina poster barang dengan harga dan soalan boleh disediakan berdasarkan poster tersebut.
Saturday, 12 October 2019
Wednesday, 31 July 2019
Jadual Kewangan Murid
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mungkin ada benarnya pepatah Melayu zaman dulu yang ingin setiap amalan baik diasuh sejak kecil. Dalam topik Wang Matematik Tahun 1, ada satu objektif pembelajaran yang mahu murid mencatat rekod perbelanjaan atau rekod kewangan murid.
Pada hari ini, saya menjalankan aktiviti PdPc bersama murid 1 Bestari. Sebagai akti iti permulaan, murid diperkenalkan dengan maksud sumber dan murid menyatakan bagaimana murid dapat wang. Kemudian, murid diperkenalkan dengan catatatan atau jadual kewangan yang bertujuan untuk merekod perbelanjaan dan simpanan mereka. Jadual ini boleh dibuat secara mingguan. Dengan sasaran untuk menyimpan RM10 seminggu, murid dikehendaki membina rekod kewangan yang membolehkan mereka mengumpul simpanan sebanyak RM10.
Maka inilah hasil kerja murid selepas aktiviti berkenaan.

Hasil kerja setiap kumpulan |
Aktiviti kumpulan |
Friday, 5 July 2019
PECAHAN DAN PETA I-THINK
Seronok juga mengajar tajuk pecahan dengan murid Tahun 1. Di sebabkan kekangan masa, mungkin pdpc akan lebih menarik kalau guna bahan bantu mengajar yang lebih menarik seperti roti atau tembikai. Mungkin saya akan cuba untuk sesi pembelajaran akan datang.
Namun begitu, itulah gunanya buku teks yang dibekalkan oleh kerajaan. Topik Pecahan merupakan topik pertama dalam buku teks dan aktiviti jilid 2.
Selepas memperkenalkan tajuk, saya mulakan dengan konsep pecahan adalah bahagian yang sama besar. Jadi saya menggunakan flash card untuk murid kenalpasti sama ada rajah yang ditunjuk adalah pecahan atau bukan pecahan.
Untuk lebih menarik minat, saya menggunakan set induksi berbentuk senaman taichi tembikai yang melibatkan gerak gaya memotong sebuah tembikai yang besar kepada setengah dan suku.
Selepas memperkenalkan murid dengan istilah dalam pecahan seperti satu, setengah/separuh dan suku, saya menggunakan gambar rajah sama dalam flash card yang sama supaya murid boleh mengenalpasti gambar rajah satu, setengah atau suku.
Peta I-think iaitu peta pokok boleh digunakan dalam topik ini bagi murid mengklasifikasi nilai pecahan dengan betul.
Di bawah adalah hasil kerja murid.

Wednesday, 29 May 2019
Guru dan Peta I-Think
Pastinya, ramai guru yang telah menguasai konsep peta I-Think. Dengan adanya kursus I-Think sama ada atas talian atau luar talian, saya pasti guru yang mengikuti kursus tersebut dengan fokus pasti faham akan sedikit sebanyak tentang konsep peta I-Think. Tapi bagaimana yang tidak pernah mengikutinya? Atau yang langsung tidak ambil kisah tentang alat bantu mengajar tersebut?
Di sekolah, antara peranan penyelaras I-Think adalah untuk menggalakkan semua guru di sekolah untuk menggunakan peta I-Think dalam pengajaran. Namun begitu tidak dinafikan yang bukan semua peta I-Think boleh digunakan dalam setiap topik. Oleh itu, dengan kebijaksanaan dan daya kreativiti guru, pelbagai peta I-Think tetap boleh digunakan dalam pembelajaran.
Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk memberi kefahaman kepada guru tentang peta I-Think adalah melalui perkongsian semasa LDP. Pelaksanaan LDP I-Think yang lebih berkesan adalah secara berbengkel dan pembentangan. Perkongsian seperti ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada guru yang belum pernah menggunakan peta I-Think dalam kelas.

Saturday, 23 March 2019
RANGKAIAN NOMBOR:TERTIB MENAIK DAN MENURUN
Salah satu kemahiran dalam topik nombor Matematik Tahun 1 ialah rangkaian nombor. Saya mempunyai beberapa set bahan bantu mengajar bagi rangkaian nombor, 1 hingga 10, 11 hingga 20, 21 hingga 30, dan sebagainya. Bahan tersebut dilaminate supaya boleh digunakan lagi pada tahun akan datang. Selain itu, saya tambah baik bahan tersebut dengan melekatkan magnet strip supaya boleh digunakan di papan putih. Penggunaan blutack boleh digunakan sekiranya papan putih tidak boleh menggunakan magnet.
Antara aktiviti yang boleh digunakan semasa mengajar rangkaian nombor adalah tertib menaik dan menurun. Oleh itu, bahan bantu yang disediakan boleh digunakan oleh murid bagi menyusun rangkaian nombor secara menaik atau menurun.
Wednesday, 6 March 2019
Kerenah anak murid Tahun 1 2019
Tahun 2019 merupakan tahun yang lain cabarannya berbanding tahun sebelum ini. Pelbagai ragam dan karenah anak Tahun 1 yang merunsingkan fikiran pada setiap hari.
1. Murid menangis kerana mahukan ibu bapa.
Pada tahun ini, tangisan murid berkenaan adalah secara berjemaah. Saling pandang pada rakannya yang seorang lagi seolah-olah memberitahu "saya pun rindukan ayah/ibu saya". Kami guru Tahun 1 sememangnya tidak sampai hati memarahi anak sebegini, tapi apakan daya kami sekiranya setiap pujukan tidak mendatangkan hasil.
2. Murid hyperactive
Tahun 1 ada beberapa orang murid dalam kategori hyperactive yang tidak mampu duduk dengan tenang dalam kelas semasa pembelajaran. Yang menjadi masalah murid ini turut mengganggu murid lain sehingga menyebabkan pergaduhan. Masalah tiada keinginan untuk belajar itu adalah perkara kedua, yang dirisaukan adalah sikap terhadap rakan. Ada masa murid berkenaan bertindak agresif di dalam kelas apabila ditegur contohnya menyepak meja tanda protes dan marah.
Apa yang saya kongsi di sini adalah antara perkara yang dialami oleh saya selaku guru kelas dan guru matematik yang mengajar murid Tahun 1.

Subscribe to:
Posts (Atom)