Wednesday, 25 November 2020

KENALI BENTUK 2D(TAHUN 1)

 



Hai, Assalamualaikum semua!
Kita semakin menghampiri ke penghujung tahun. Walaupun sekolah telah ditutup awal akibat pandemik COVID19 ini, tetapi hakikatnya sesi pembelajaran tetap diteruskan.

Kali ini, kita akan teruskan tajuk pembelajaran Matematik Tahun 1, iaitu Kenali Bentuk 2D.

Berikut adalah langkah-langkah pembelajaran bagi tajuk Kenali Bentuk 2D.

JOM BELAJAR MATEMATIK

📒✏️✏️✏️✏️✏️✏️📒

TAJUK : KENALI BENTUK 2D

KELAS: TAHUN 1

📌Tonton video pembelajaran dan fahamkan.

(https://youtu.be/qxOthpSoF8w)

 ðŸ“Œatau Rujuk Buku Teks Matematik Jilid 2 ms 68,69,70,71


📌PROJEK BENTUK 2D

- Bina satu corak menarik dengan menggunakan bentuk 2D yang dipelajari. Post hasil kerja anda dengan guru dan rakan dalam grup kelas.


📌Buat latihan dalam buku aktiviti Matematik Jilid 2 ms 72,73,74,75,76

📌Muatturun lembaran kerja dalam pautan dan tampalkan dalam buku latihan.
(https://drive.google.com/file/d/1Pe1gWabQa69qOFL5CIOpm8s6CsZcN4fb/view?usp=sharing)

📌Jawab Kuiz Kenali Bentuk 2D
(https://forms.gle/55xpABA1E6eiX4789)

📌Permainan interaktif

         Padankan Bentuk 2D

        ðŸ§¸https://wordwall.net/resource/7546223


        Cuba teka bentuk apa?

        ðŸ§¸https://wordwall.net/resource/7546276


SELAMAT BELAJAR!💪


daripada,

Cikgu Hazira

Guru Matematik 1B,1E,1H

26.11.2020

Thursday, 19 November 2020

KENALI ISIPADU CECAIR(MATEMATIK TAHUN 1)


Hai semua!

Kali ini kita akan belajar tajuk Kenali Isipadu Cecair. Walaupun sedih kerana terpaksa mengajar dalam suasana COVID19 secara atas talian, perjuangan masih tetap diteruskan. Para ibu bapa serta murid perlu sentiasa terus bersemangat untuk belajar dari rumah secara online, walau apa jua kekangan demi kelangsungan pelajaran anak-anak.

Jadi, langkah pembelajaran yang boleh dilaksanakan untuk tajuk Kenali Isipadu Cecair adalah seperti di bawah:

JOM BELAJAR MATEMATIK


📒✏️✏️✏️✏️✏️✏️📒

TAJUK : KENALI ISIPADU CECAIR

1. Kenali Isipadu Cecair

2. Sukat dan Banding Isipadu Cecair.


📌Tonton video pembelajaran dan fahamkan.

https://youtu.be/-nF86Gi3xPQ


📌atau Rujuk Buku Teks Matematik Jilid 2 ms 54,55,56

📌Buat latihan dalam buku aktiviti ms 57,58,59,60,61

📌Muatturun lembaran kerja dalam dan tampalkan dalam buku latihan

  • Kenali Isi Padu Cecair

https://drive.google.com/file/d/1PIUxgKPYLj602a8n8BGxhz6IT3NR5FlX/view?usp=sharing


Sukat dan Banding Isipadu Cecair

https://drive.google.com/file/d/1cLm5rrTrulEc8QmInzedZQyeexEHKAPe/view?usp=sharing


📌Jawab Kuiz Kenali Jisim

https://forms.gle/rgsPRf7ZkAA4TMJg6


📌Permainan interaktif(aktiviti pengayaan)


🧸https://wordwall.net/resource/6357981

🧸https://wordwall.net/resource/6186818

🧸https://wordwall.net/resource/6094905


SELAMAT BELAJAR!💪


daripada,

Cikgu Hazira

Guru Matematik 1B,1E,1H

10.11.2020

KENALI BENTUK 3D(MATEMATIK TAHUN 1)



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua khusus pada ibu bapa dan murid yang disayangi. 

Masih lagi dalam tempoh PKPB, maka kita akan tetap teruskan pembelajaran kita sehinggalah sampai di akhir sesi persekolahan bagi tahun ini.  Kali ini, cikgu telah sediakan bahan pembelajaran untuk tajuk yang seterusnya iaitu Kenali BENTUK 3D.

Langkah pembelajaran adalah seperti di bawah:

📌Tonton video pembelajaran dan fahamkan.


📌atau Rujuk Buku Teks 61,62,63,64,65

📌PROJEK BENTUK 3D

- Bina 6 bentuk 3D menggunakan plastesin, dan rakam video murid menamakan bentuk 3D yang telah berjaya dibuat. Post hasil kerja dalam grup kelas. Menarik kan?


📌Buat latihan dalam buku aktiviti Matematik Jilid 2 ms 67,68,69,70,71

📌Muatturun lembaran kerja dalam dan tampalkan dalam buku latihan

📌Jawab Kuiz Kenali Bentuk 3D

https://forms.gle/hAWACvYNZDNcA5Aa6


📌Permainan interaktif

Padankan Bentuk 3D

🧸https://wordwall.net/resource/7156238


Padankan Objek dengan Bentuk 3D yang betul

🧸https://wordwall.net/resource/7641794


Kumpulkan objek mengikut bentuk 3D yang betul

🧸https://wordwall.net/resource/7156542


SELAMAT BELAJAR!💪


Stay safe and take care always,


Cikgu Hazira

Guru Matematik Tahun 1

19 November 2020

Thursday, 5 November 2020

KENALI JISIM OBJEK(MATEMATIK TAHUN 1)


 

Tajuk pembelajaran kali ini ialah Kenali Jisim Objek, Matematik Tahun 1.

Langkah pembelajaran yang boleh dijalankan sepanjang PKPB ini adalah seperti di bawah:

JOM BELAJAR MATEMATIK


📒✏️✏️✏️✏️✏️✏️📒

TAJUK : KENALI JISIM

1. Kenali Jisim Objek

2. Ukur dan Banding Jisim Objek.


📌Tonton video pembelajaran dan fahamkan.

https://youtu.be/KLS5Wt7mHEI


📌atau Rujuk Buku Teks Matematik Jilid 2 ms 51,52,53

📌Buat latihan dalam buku aktiviti Matematik Jilid 2 ms 52,53,54,55,56

📌Muatturun lembaran kerja dalam dan tampalkan dalam buku latihan

1.Lembaran kerja 1

2.Lembaran kerja 2

📌Jawab Kuiz Kenali Jisim

https://forms.gle/xUfErN97tMbxuMhN6


Permainan interaktif


🧸Susunkan objek mengikut jisim dari ringan ke berat

https://wordwall.net/resource/5766619


SELAMAT BELAJAR!💪


daripada,

Cikgu Hazira

Guru Matematik Tahun 1

28.10.2020

KENALI PANJANG



Kita teruskan pembelajaran kita dengan tajuk yang seterusnya, Panjang Objek.

Berikut adalah contoh langkah pembelajaran tajuk ini, bagi tempoh COVID19 ni. Sebenarnya, kalau dapat jalankan PdPC dalam kelas lagi seronok ye..tapi takpelah, kejayaan itu tak semestinya bergantung di mana kita belajar, tapi kesungguhan seseorang yang ingin menuntut ilmu. Walaupun Tahun 1, tetap kita perlu teruskan belajar dengan bersungguh-sungguh!


📒✏️✏️✏️✏️✏️✏️📒

TAJUK : PANJANG


Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd ibu bapa dan murid,

untuk tetap teruskan pembelajaran kita walaupun berada dalam keadaan PKPB, cikgu telah sediakan bahan pembelajaran untuk tajuk yang baru iaitu Panjang.


1. Kenali Panjang Objek


📌Tonton video pembelajaran

https://youtu.be/2XMBDmKPctM


📌Buat latihan dalam buku aktiviti Matematik Jilid 2 ms 45 & 46


2. Ukur dan Banding Panjang Objek.

📌Tonton video pembelajaran

https://youtu.be/dfHCnPj9eSc

📌Buat latihan dalam buku aktiviti Matematik Jilid 2 ms 47,48,49,50,51


📌Muatturun lembaran kerja dalam link di bawah dan tampalkan dalam buku latihan

1. Kenali Panjang


3. Permainan interaktif

   



SELAMAT BELAJAR!💪


daripada,

Cikgu Hazira

21.10.2020

Wednesday, 15 July 2020

TAMBAH MUDAH(BENTUK LAZIM)


Untuk membantu pengiraan supaya lebih teratur, kita perlu satu kaedah penulisan yang dipanggil "Bentuk Lazim". Dalam matematik, bentuk lazim merupakan satu cara mencari jawapan dengan menulis nombor mengikut nilai tempat dan menambah mengikut nilai tempat masing-masing.

Ikuti pembelajaran tambah mudah dalam bentuk lazim di bawah:
Teruskan belajar dan jangan berputus asa!

1. Rujukan Buku Teks Matematik Tahun 1(ms 63, 64, 65, 66, 67)

2. Tonton video "Tambah Mudah Bentuk Lazim"


3. Buat latihan " Tambah Mudah Bentuk Lazim"

4. Buat latihan dalam buku aktiviti (ms 79, 80, 81, 82)

5. Jom cuba permainan interaktif!

Teruskan belajar jangan putus asa!

Selamat berjaya!


Thursday, 4 June 2020

Tuesday, 19 May 2020

TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 20


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!
Hari ini kita akan sambung pelajaran tambah, dalam lingkungan 20.

Oleh itu, sila ikuti langkah pembelajaran seperti di bawah:
Tajuk: Tambah Dalam Lingkungan 20


💠Tonton video dan fahamkan langkah untuk menambah dgn menggunakan jari, sebut dan tambah. (Kepada murid yang ada kemahiran Mental Aritmetik, mgkin video ini kurang bermanfaat dan boleh terus buat latihan)




💠Cuba kuiz Tambah dalam Lingkungan 20

💠Buat latihan dalam buku aktiviti(MS 73,74,75,76,77)

💠Cuba kuiz interaktif




Selamat belajar!

Wednesday, 13 May 2020

KENALI TAMBAH( MATEMATIK TAHUN 1)


Hai semua!

Jom hari ni kita belajar "Kenali Tambah".

Ikuti aktiviti pembelajaran yang cikgu sediakan di bawah.
Selamat Belajar!

1. Tonton Video " Kenali Tambah"

2. Jawab soalan kuiz 1 "Kenali Tambah"

3. Cuba kuiz 2 " Kenali Tambah"

4. Buat latihan Buku Aktiviti Matematik MS 69-72

5. Ingin latihan tambahan? Muat turun lembaran kerja Kenali Tambah.


Thursday, 30 April 2020

KENALI NILAI TEMPAT DAN NILAI DIGIT


Hai murid-murid semua!
Apa kata hari ini kita belajar Nilai Tempat dan Nilai Digit.
Tahukah murid-murid ada 7 nilai tempat yang mesti diketahui? Tetapi untuk murid Tahun 1, kita hanya akan belajar 2 nilai tempat iaitu Sa dan Puluh.

Ikuti langkah pembelajaran di bawah:

1. Tonton Video Nilai Tempat dan Nilai Digit



2. Apakah nilai digit bagi digit yang bergaris? Cuba aktiviti di bawah!



3. Cuba aktiviti di bawah. Tentukan nilai tempat digit yang bergaris.



4. Cuba kuiz Nilai Tempat dan Nilai Digit.

5. Lembaran kerja Nilai Tempat dan Nilai Digit(1)

6. Lembaran kerja Nilai Tempat dan Nilai Digit(2)

Selamat belajar!

Tuesday, 21 April 2020

PROJEK SAYA(MAHIR NOMBOR) MATEMATIK TAHUN 1


Jom buat projek di bawah!

 1. Rujuk buku teks Matematik ms 53 untuk dapatkan arahan.

2. Untuk mendapatkan nombor dua digit yang diminta dalam buku teks, gunakan roda pusingan di bawah. Pusing dua kali untuk dapatkan dua digit.




3. Gunakan kreativiti masing-masing untuk menghasilkan dan mempamerkan projek Mahir Nombor di atas.

4. Tangkap gambar hasil kerja masing-masing dan post dalam link di bawah atau grup whatsapp.
PROJEK MAHIR NOMBOR


Selamat mencuba.

Saturday, 18 April 2020

PELAN RAMADAN

Assalamualaikum semua, tak lama lagi kita akan menyambut Ramadan dalam situasi PKP ini memandangkan wabak COVID19 masih lagi belum reda di negara kita. Sebagai persediaan untuk menyambut Ramadan pada tahun ini, saya ingin berkongsi pelan Ramadan yang telah dikongsikan melalui whatsapp. Semoga tuan punya pelan ini mendapat pahala dan keberkatan kerana menghasilkan pelan Ramadan di bawah. Saya rasa tahun ini, persediaan untuk Ramadan lebih teratur kerana banyak masa dapat diperuntukkan untuk membuat ulangkaji dan nota tentang Ramadan.
Semoga Ramadan tahun ini lebih baik daripada yang sebelumnya...Insya Allah...


Tuesday, 14 April 2020

KOMBINASI NOMBOR MATEMATIK TAHUN 1


Hai semua! Kali ini kita akan belajar tentang kombinasi nombor. Walaupun bahan ini disediakan secara persembahan multimedia, sebenarnya ia lebih seronok sekiranya kombinasi nombor diajar dengan menggunakan bahan maujud atau secara "hands on". Mungkin anak-anak boleh mencuba bersama ibu bapa di rumah untuk mendemonstrasikan pembelajaran kombinasi nombor.

Tidak dinafikan, mungkin ada sesetengah anak-anak akan rasa susah untuk memahami tajuk ini. Tapi, tidak mengapa kerana "Practice Makes Perfect!". Teruskan usaha dan belajarlah dengan bersungguh-sungguh ye!

Berikut ialah langkah-langkah pembelajaran:

1. Tonton video " Kombinasi Nombor"


2. Buat latihan "Kombinasi Nombor"

3. Cuba kuiz " Kombinasi Nombor"

4. Permainan interaktif.

4. Buat latihan dalam buku aktiviti Matematik Jilid 1 muka surat 22,23,24.

5. Cuba lembaran kerja " Kombinasi Nombor"

Selamat belajar dan jaga diri semua!

Monday, 6 April 2020

KENALI POLA NOMBOR


Kali ini kita akan belajar tentang pola nombor. Apakah yang dimaksudkan dengan pola? Pola merupakan satu susunan tertentu yang boleh melibatkan objek ataupun nombor. Pola objek adalah susunan objek, manakala pola nombor adalah susunan bagi nombor.

Untuk lebih memahami konsep pola nombor ini, sila ikuti langkah pembelajaran di bawah. Teruskan belajar dan jangan berputus asa!

1. Tonton video "Kenali Pola Nombor"

2. Buat latihan " Kenali Pola Nombor"

3. Cuba kuiz "Kenali Pola Nombor"

4. Buat latihan dalam buku aktiviti (ms 57-58)

5. Lembaran Kerja " Pola Nombor 1"
6. Lembaran Kerja " Pola Nombor 2"
Lengkapkan lembaran kerja dan cetak untuk disimpan dalam fail atau ditampal dalam buku tulis. (Jangan risau jika tiada pencetak, nanti cikgu akan berikan apabila kita mula bersekolah ye...)

Selamat berjaya!

Tuesday, 31 March 2020

MARI BELAJAR MATEMATIK DI MANA-MANA BERSAMA CIKGU HAZIRA

Jom sertai kelas pembelajaran digital bersama Cikgu Hazira!
Jangan lepas peluang untuk belajar Matematik di mana-mana dengan mendapatkan bahan-bahan pembelajaran topik yang terpilih untuk semua murid Tahun 1 cikgu yang comel.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP), kelas matematik Cikgu Hazira akan diadakan pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Makluman tentang kelas dan apa yang dipelajari pada hari berkenaan akan disampaikan dalam grup whatsapp semua kelas yang Cikgu Hazira ajar iaitu Tahun 1 Bestari, 1 Elit dan 1 Harmoni SK Kajang Utama. Oleh itu, ibu bapa sekalian, segala kerjasama dari pihak anda sangatlah saya hargai! Terima kasih di atas kesudian tuan/puan menyediakan platform untuk anak-anak belajar. Namun begitu, kepada yang tidak dapat melaksanakan tugasan kerana apa jua kekangan, Cikgu doakan agar segala urusan untuk kita belajar akan dipermudahkan kelak oleh Allah, Insya Allah.

Rajin-rajin ulangkaji pelajaran supaya mantap pemahaman ye. Cikgu akan terus kemaskini untuk topik yang seterusnya.

1. Topik "Kenali Anggaran" (31 Mac 2020)

2. Topik "Kenali Bundar" ( 1 April 2020)

3. " Kenali Pola Nombor" ( 6 April 2020)

4. Kombinasi Nombor( 14 April 2020)

5. Kenali Nilai tempat dan Nilai Digit

6. Kenali Tambah

7. Tambah dalam lingkungan 20

Selamat Belajar dan jaga diri semua!

KENALI BUNDAR( TAHUN 1)


Assalamualaikum semua..Hari ini kita akan mempelajari "Kenali Bundar". Apakah yang dimaksudkan dengan bundar? Bagaimana untuk membundarkan nombor?

Bahan pembelajaran di bawah adalah sesuai untuk murid Tahun 1. Sebagai rujukan, buku teks( ms 45-48) dan buku aktiviti (ms 60-62). Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengikuti pembelajaran "Kenali Bundar". Dah tak sabar kan jom kita mula!

1. Tonton video " Kenali Bundar"


2. Buat latihan " Kenali Bundar"

3. Cuba kuiz "Kenali Bundar"

4. Buat latihan dalam buku aktiviti (ms 60-62)

5. Lembaran Kerja " Kenali Bundar"
Lengkapkan lembaran kerja dan cetak untuk disimpan dalam fail atau ditampal dalam buku tulis. (Jangan risau jika tiada pencetak, nanti cikgu akan berikan apabila kita mula bersekolah ye...)

Selamat berjaya!

STRATEGI PEMBELAJARAN YANG BERKESAN SEMASA PKP COVID19

Assalamualaikum semua...
Kesan dari wabak COVID19 dan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) yang telah dikuatkuasakan sejak 18 Mac 2020 lalu sehinggalah kini, memberi impak tinggi kepada semua pihak. Antara yang turut terkesan adalah kami warga pendidik yang tidak dapat menjalankan aktiviti pengajaran di dalam bilik darjah. Sudah pasti anak murid juga menerima kesan dari segi pembelajaran yang terjejas. Namun begitu, dalam keadaan yang serba mencabar ini, kita tidak perlu berputus asa dan mengabaikan tugas serta tanggungjawab masing. Guru masih boleh merancang aktiviti pengajaran dengan menggunakan medium sedia ada untuk berkomunikasi dan menyampaikan maklumat. Antara yang paling kondusif adalah dengan menggunakan pembelajaran digital melalui internet. Walaupun mungkin ada dalam kalangan ibu bapa yang tidak mempunyai kemudahan internet di rumah, pembelajaran boleh dilakukan dengan melakukan aktiviti ilmiah yang bermanfaat.

Di bawah adalah perkongsian tentang langkah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta garis panduan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Digital Classroom Malaysia tentang strategi pembelajaran semasa tempoh PKP dilaksanakan. Semoga bermanfaat buat semua.










Wednesday, 25 March 2020

KENALI ANGGARAN TAHUN 1


Assalamualaikum semua..."Tidak ada orang hebat yang malas untuk belajar". Belajar pada zaman sekarang boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Memandangkan negara kita yang tercinta sedang mengalami krisis wabak Covid19 dan rakyat dikenakan Perintah Larangan Pergerakan yang telah dikuatkuasa mulai 18 Mac 2020 hingga 14 April 2020. Oleh yang demikian, mari kita mengambil pendekatan yang lebih fleksibel dengan belajar secara atas talian.

Hari ini, kita akan belajar tentang tajuk Kenali Anggaran. Sila rujuk buku teks Matematik Tahun 1 Jilid 1(mukasurat 43 dan 44) dan buku aktiviti Matematik yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jom kita mula? Sila tonton video di bawah...


Bolehkah murid-murid semua membuat anggaran?

Apa kata cuba latihan di bawah. Selamat mencuba!

1. LATIHAN KENALI ANGGARAN

2. JOM CUBA KUIZ!

3. Jawab Kuiz Jom Kenali Anggaran dan dapatkan sijil!

4. LEMBARAN KERJA KENALI ANGGARAN
(Murid boleh muatturun lembaran kerja untuk dicetak dan simpan hasil kerja anda di dalam fail atau buku tulis)

Selamat belajar!

Monday, 3 February 2020

ABAKUS DAN TAHUN 1. SUSAH KE?

Hendak seribu daya, taknak seribu dalih. Surprisingly, they can! Sebagai guru matematik yang agak lama, saya masih lagi berminat menggunakan bahan maujud sebagai salah satu bahan pengajaran untuk tujuan pembelajaran murid-murid.

Pertama sekali, kebanyakan murid Tahun 1 belum pernah berjumpa dengan alat bernama 'Abakus'. Pertama kali menyebut perkataan abakus pun, ada yang sebut 'bakus' dan lain-lain. Jadi, bila guru masuk ke kelas dengan membawa abakus gergasi", semua murid pasti kagum kerana belum pernah lihat abakus yang gergasi!

Kedua, perkenalkan abakus kepada murid iaitu apa dia palang pemisah, manik, palang dan rangka.

Ketiga, perkenalkan nilai manik bahagian atas, dan bawah. Kebanyakan murid akan melihat bilangan manik dan bukannya nilai manik. Jadi, peranan kita untuk membetulkan penglihatan mereka supaya bukan melihat bilangan manik, tetapi nilai manik yang ditunjukkan.


Thursday, 2 January 2020

TAHUN BARU, AZAM BARU, SEMANGAT BARU!

Assalamualaikum...tak sangka masa begitu cepat dah tiba tahun 2020. Walaupun usia semakin bertambah, tetap kuatkan semangat untuk terus berusaha memperbaiki diri menjadi seorang pendidik. Walaupun mungkin ada pelbagai ujian dan cabaran, teruskan melangkah ke hadapan untuk mendidik anak-anak muridku. Azam tahun ini,
1. Perbaiki kualiti kerja dari segi pengajaran.
2. Terus fikir untuk menjadikan kelas lebih kondusif dan ceria.
3. Perbaiki pengurusan masa.
4. Lebih sistematik dalam membuat penilaian bilik darjah.
5. Merekod hasil kerja murid, seperti buku tulis, pembentangan, aktiviti kumpulan dan membuat laporan.

Mungkin kita akan tambah lagi perkara yang akan kita perbaiki pada tahun ini. All the best! Fightinggg!!